#147: Happy Holidays!

Salam alaik..
Alhamdulillah. Selesai kami jadi pelajar tahun 1 jurusan Kejuruteraan Elektronik, UTM Kuala Lumpur. Baru tahun satu dah heboh mcm dah graduate? Hahh takpe. Saje nak kasi mood cuti aku bermula dengan > :)



No matter how weak you feel, STAY STRONG!
Bukan senang nak senyum bila hati tengah kecewa
Bukan senang nak senyum bila hati tengah sedih

Bukan senang nak senyum bila hati tak rela

Entah kemana mood hilang tanpa sebab sehingga orang sekililing turut merasa dinginnya aku hari itu. Aku cuba kawal. Tak pernah berhenti kawal. Tapi kadang-kadang terkandas. Sehebat mana aku nasihat orang, aku masih manusia biasa. Yang selalu leka. Dengan fitnah dunia. Dan aku tetap tak berhenti kawal. Kawal diri. Untuk jaga hati. Jaga imaan.


Kawan yang baik nak cari memang susah. Setiap kali pandang muka korang, dalam hati aku, cuma ucap, alhamdulillah. Sebab Allah termukan aku dengan korang. Aku boleh jamin hidup aku mesti kosong kat UTM tanpa korang di sisi. Terima kasih sebab masing-masing selalu ada masa gelak dan sedih.


Aku pun tak pernah lupa. Dengan sahabat yang selalu ada masa susah dan senang. Walaupun jauh di mata namun cerita kita tetap bersatu dihati. Sampai sekarang. Tak pernah lekang dari ingatan. Setiap duka aku. Setiap gembira aku. Mesti kau tahu. Semua. Oh tak semua. Sebab sekarang aku cuba selesai masalah aku sendiri. Tanpa mengaharapkan bantuan orang sangat. Aku dah banyak bergantung dengan bantuan orang. Mungkin sekarang dah sampai masa untuk aku pulak yang bangun. Tolong diri sendiri.

Aku dah cakap. Aku bukan dilahirkan semulajadi baik
Aku cuma tak berhenti berusaha latih diri untuk bangkit
Pujian yang dilemparkan selalu menguji aku
Baik aku kau nampak. Sebab aib aku Allah tutup
Kalau aib aku Allah buka, tiada lagi cantik kau nampak
Betul. Aku cakap benda betul.

Terima kasih untuk semua

Terima kasih jugak untuk yang hargai kehadiran aku :')

Selamat Bercuti!

Wassalam.

#146: Sem 2 is going to end

Assalamualaikum
Harini tak cakap banyak
Cuma
Aku mintak
Doakan aku
Dan rakan-rakan se-DDPE ku
Juga rakan-rakan se-UTM ku
Kitorang dah nak final exam sem 2
Rasa sekejap sangat sem 2 ni
Okay
Semoga kita semua berjaya
Di dunia dan di akhirat
InshaaAllah.

Kau doakan aku
Allah balas jasa kau berlipat kali ganda
Syukran :)

" DDPE family "

#145: Saya balik

Assalamualaikum
(dah gelap sbb masa ni baru habis plkn)

Nampaknya sudah lama kita tak bersua. Aku busy. Busy dengan study. Masuk sem baru ni nampaknya lagi pack jadual. Keluar pergi kelas awal pagi (cey tipu ni..) balik petang dah nak maghrib (tipu lagi..)

Mana nak carik masa nak update awak cik bloggie?

Ni baru sem 2, belum sem 5 ke 6 lagi. Entah entah time tu blog ni dah boleh bungkus dah sebab tak laku takde orang baca har-har-har

Aku tak harapkan orang baca sangat pun. Cukup lah dormmates 5 aku baca. Kalau dulu asal balik dari sekolah, masing-masing dok terbongkang atas katil. Ada yg tak menyempat nak tukar baju, air liur dah mengalir hahaha rindu kan. Aku rasa dulu aku kat TTJ kawan dgn perempuan je. Hidup aku cuma dengan.. 

Dorm5. Sahaja.
ForeverFive.

Aku rindu korang

Sangat.

:'{