#97:Saya Tahu Saya Tak Cantik

"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" 
budak-budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah. #terukgila

"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!",
bentak seorang perempuan sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal. #sobadd(Y)



SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

#Kerana saya tak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya
#Kerana saya tak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya
#Kerana saya tak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki
#Kerana saya tak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain
#Kerana saya tak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita
#Dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya

Kerana saya tahu.. 
Saya tak cantik pada pandangan manusia. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar. Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak.

#Alhamdulillah, sejak Nadia tinggal dalam dorm5 TTJ dengan kawan-kawan dekat sana, banyak benda baru Nadia belajar. Yes I admit that many things have changed at me. Thanks to all my dorm-mates :') Dorm 5 , best family forever !
Anggun Di Mata Allah sebenarnya sebuah kecantikan sejati :)
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian"

wassalam ^.^