#115: Last Day on 2011

Assalamualaikum, sila serious.
ini namanya takde idea nak buat. Sebab tu muka pun macam -________-
Sebenarnya otak aku dah kering takde idea nak buat entri. Ada tu memang ada, tapi nanti kang aku cerita korang cakap aku ni kuat merepek pulak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . aahhh kesahh? k fine. *merajuk


Hahahahah kuat touching is not me. *english berterabur. Jangan salahkan saya. Jangan salahkan ibu mengandung, salahkan bapa yang mandul <------- kau dah kenapa Nadia #tetibe -______- Kdiaaaaaaam


Semua orang sila serious balik. Kthanks.


 Niat Sebenar :
Saje nak buat 'anoyying entry' sempena hari terakhir tahun 2011 ni. Gonna miss all the moment in this year :') Serious. 2011 buat aku jadi lebih matang. Thanks a lot to my friends yang banyak membantu. You know kan i tak rindu you langsung Hahahahah k bergurau :3


Untuk semua orang yang pernah buat aku HAPPY, GELAK, GEMBIRA sampai lupa diri, terima kasih jugak:) Tak lupa juga buat keluarga tercinta sebab dah banyak habiskan duit untuk aku tahun ni dan semua-semua nye lahhh! Thankyou very much. Appreaciate sangatt mak abah :'D


Sekarang Terima Kasih untuk orang yg dah buat aku SEDIH, MENANGIS, and all the bad things. Even it's too much but it's okay, you make me so matured after. Serious thanks a lot :')


Minta maaf untuk korang yang aku dah banyak buat sakithati. Aku tak tau lah siapa siapa yg terasa dgn aku, minta maaf sangat :'( tau tau. sooooorrryyy!
okay nampak sangat saja buat entri panjang letak space enter banyak-banyak, hahahahahah kbye.
Selamat Malam 2011! GOODBYE <3 Assalamualaikum.

#114:Congrats! PMR result..

Sila tekan play bila baca entri ni
 
Assalamualaikum w.r.t.
 saje nak menyemak japp hahaha kejap jeee kbye
Tengok tajuk pun tahu aku nak cite pasal apa kan? Yes about PMR result! Ehh bukan aku, tapi budak 3 orang ni ha. Kira macam adik aku lah jugak. Dua perempuan sorang lelaki. Okay biar aku cite sorang-sorang.
MANGSA PERTAMA
-Finnun Fatimatuzzahrah Binti Sabarudin-
Entah apa yg sama sampai orang semua ingat kitorang adik-beradik kandung o.O'
Pelik sangat nama, aku panggil dia Finnun je. Tapi kadang-kadang panggil 'nunnun', nampak lebih comel, bukan? :D By the way TAHNIAH sebab dapat straight A's (8A)! Mak aku balik je rumah terus bagitahu "finnun 8A!" and aku pun, em "whattttt? serious?" gila lahh *dengan air mata terharu Alhamdulillah. terima kasih ya Allah sebab doa aku diperkenakan. Syukran :') Sangat tak sangka. Lepas tu aku cakap dekat mak..

me : mesti dia apply sbp kan hmm
mak : tak tahu lah, ibu dia cakap finnun nak apply TTJ
me : yeke? kenapa tak apply sbp? sayang je straight A's tu.
mak : tu la, tapi ibu dia ckp Finnun nak same sekolah dgn kak puteri! (muka mak happy gila)
me : ouh (tak tau nak cakap apa. Rasa mcm nak nangis, terharu gila)

Terus masuk bilik nak call finnun tapi dia off phone dan aku sedikit kecewa. Mungkin dia tengah happy tahap gaban sebab tu taknak diganggu. yelahh 8A kott! ^.^ again congrats Fyn. Masuk TTJ nanti cari akak!
MANGSA KEDUA
-Nur Najihah Binti Esa-
Twin Finnun. Tengok gambar ^ Mana lah aku tak keliru dia dengan finnun. Sama je muka :D
Actually tak sure nama penuh Jia betul ke tak tu? hehe sorry kalau salah. Dia ni kembar Finnun. Mula-mula aku tengok pun agak keliru lahh jugak, tapi dah lama-lama tu tak sama langsung hahaha joke joke. Sama tapi tak serupa. Okay btw CONGRATS jia sebab 6A's !
Ehh okay apa 6A! Akak dulu 5A je tauu *kan dah bocor rahsia Hahaha chill laa. SPM ada lagi <-- ayat orang ramai. hehe nanti belajar rajin-rajin lagi eh! Semoga jia sentiasa berjaya walau dimana jua Jia belajar. Masuk TTJ cari akak jugak! hee Okay congrats again :) jangan sedih-sedih. Senyum jeee okay result dah lawaaaa tu :3
MANGSA KETIGA
-Muhammad Haiman bin Hillaluddin-
Nahhh. Dia tak ada gambar dia pakai baju sekolah. Ni je ada Hahaha k
Panjang sangat nama panggil man je. Haha budak kajang ni, aku kenal dia dekat myspace dulu and now sampai ke facebook and blog. Dia suka sangat panggil aku 'sifu' sebab dia nak belajar blogging dengan aku Hahaha k mcm lawak jee tu. Papepun tahniah sebab..
..sebab dapat straight A's (8A) man!! Nadia dah agak dah mesti straight A's punyaaaaa ;D Hahaha. Hah apa apa? nak hadiah? meh la datang Puchong nanti Nadia belanjaa hahaha. Papepun, tahniah jugak sebab impian man nak masuk SM Sains Bagan Datoh (SABDA) tu tercapai! Belajar rajin-rajin ye lepas ni ;) okay jaga diri masuk asrama nanti ^.^
CONCLUSION
Tengok lahh diorang. Tiba-tiba aku rasa macam buduss sangat je dulu. Serious rasa nak nangis bila ingat balik, aku takde semangat nak amik PMR dulu. Maklumlah, aku lambat matang sikit -.- but now dah matang! hehe

Buat adik-adik atas ni, belajar rajin-rajin. Form4 bukan untuk honeymoon year. Yup ulang lagi sekali 'bukan honeymoon year' *saja buat penegesan jap Korang belajar lah rajin-rajin, struggle untuk SPM pula. Chaiyok chaiyok! btw doakan akak awak ni nak spm tahun depan :') heeee k.

Aku harap SPM aku tahun depan dapat buat mak dengan abah nangis air mata gembira macam mana abang dapat straight A's untuk SPM dia 2010 dulu. Ya Allah, harapan aku tinggi sangat. Semoga aku jadi budak rajin dan sentiasa berusaha. insyaAllah:') kawan-kawan! doakan Nadia berjaya dunia dan akhirat. Semoga Allah balas jasa baik korang yang mendoakan untuk Nadia, terima kasih banyak.
Sekian, wassalam.

#113:Homemade Chocolate cake

Assalamualaikum.
Tetiba rindu pulak dekat minah ni. Eh eh nama dia bukan minah, nama dia mira

Aku sebenarnya malas tapi aku nak jugak update blog.

Hari ni aku nak habiskan latihan sejarah form4. Tak tau asal tetiba rajin. Pagi-pagi lagi mak dengan abah dah keluar pegi kerja. Dekat rumah ada aku and adik dua orang. Abang dah balik kolej.

Ajim pagi-pagi dah lapar, aku masak laa untuk breakfast diorang. Hmm nasi goreng je mampu T___T hahaha okay la tu daripada diorang kebulur tak makan. 

Lepas sarapan, adik-adik aku bising nak suruh buat chocolate cake. Chocolate cake aku memang jadi favourite abang aku dengan kawan-kawan dia daripada dia dekat SASER dulu sampai dia masuk kolej. Setiap kali nak balik mesti suruh aku buatkan, dia cakap kawan-kawan dia semua suka Hahahahahahahahaha *k bangga sikit Ada jugak orang suka cake aku.

Hari ni frist time buat chocolate cake ada 'topping'. Hah topping laa, tak tau? meh tengok..

Baru siap tadi. Okay sila gelak -.- Tengok la cake aku, 
baru puji sikit dah hancur. Lepas ni taknak puji kau dah la.

Then tadi aku post gambar ni dekat group dorm5 --> facebook
Macam biasa diorang akan gelakkan aku. Diorang cakap memang tak lepas nak jadi bini orang. phewww sentap tu sentap ._____. hahaha korang yg lain kalau nak rasa boleh call aku dekat number ni 0147951120 *ha kalau berani try la call tengok sape angkat Nanti aku hantar pakai pos lambat terus kerumah korang.

Notakaki : Nak sambung buat sejarah. Doakan aku cepat-cepat siap homework ni, amin.

#112:Who is Dave Days? He is awesomeeeee


Dave Days
Dave Days. 19 tahun. Ayah dia bagi dia gitar masa dia umur lima tahun. Dan dia masih menggunakan gitar itu hari ini. Dave bermain dalam band dengan kawan-kawannya di sekolah menengah dan sekolah tinggi.


Dave began posting videos during the summer of 2007. He’s parodied artists such as Beyonce, Owl City, Justin Bieber, and Miley Cyrus. Mmmm.. Miley… wait…. where was I… oh yeah… speaking of Miley Cyrus, after several (failed) attempts of trying to win her heart through video, she made a lovable appearance in his “Last Song for Miley” video. How cute:D
Dave Days & Miley Cyrus 
Dave currently has over 1,200,000 subscribers and 200 million views on YouTube. Cool aite? ;) So let's look at the videos Dave Days bawah ni. Even sometimes macam anoyying sikit, tapi bestt. Enjoyyy this videos. Thanks for reading/watching!

 

#111:Last Minute - Maafkan Aku

Assalamualaikum :)
*play lagu bawah ni, amik feel sikit. haha
Tengok title kita hari ni apa cepattt! Hah Last Minute. Yeah jangan salah faham, takde kena mengena pun dengan hidup Nadia, tu cuma nama band. Official band for the song title "Maafkan Aku" Ahahahah you know whatt. Laguu tuu dah curi hati aku. cisss -____- okaay, tak pasal-pasal je aku buat post pasal diorang harini.

Hahaha. Yes dia macam Ainan Tasneem jugak. Youtubers~  kot? entah. heheh, tapi for sure lagu diorang memang gempak habiss :D style doh siap ada video clip lagi kaayy. korang ada? Haha >< Tapi sedih lah, diorang upload video ni 16June2011 dan cuma dapat 16,822+ views. Mungkin ramai yang tak tahu lagi atau mungkin diorang sendiri yang kurang promote? Yelahh mana tak nya, Nadia first dengar lagu ni pun TERjumpa dekat youtube sendiri. Lepastu baru lahh ada orang kenal-kenal kan lagu ni, dann terusss "lagu ni cool gilaaaa wehh!" Hahaha boleh jadi gila doh akuu.


Jadi sekarang, Nadia nak kenal-kenal kan dekat korang pulak. Dulu dah promote Ainan Taseem, ramai pulak fans dia. Habis budak-budak sekolah Nadia dah gilakan Ainan -.- Sampai ke toilet pun boleh buat band sendiri pakai baldi duduk atas sink bla bla Haha. So sekarang nak bagi peluang dekat last minute, mana tahu boleh jadi famous mcm Ainan pulak? Haha yang tu aku tak tau. Rezeki masing-masing, kalau Allah nak bagi, insyaAllah ada. Doa lah banyak-banyak ye:)
(Post ni saja suka-suka,kalau ada yg tak kena Nadia minta maaf) Okay tu je untuk hari ni, sekian ~ wassalam:)
credits : suarapeople

Genre
Alternative Slowmotion Acoustic
Members
Azim Alimin – Vocals
Anwar Afifi – Keyboard
Aiman Mohamad – Drums
Nik Muhamad Hazim – Bass
Bukhari Anuar Musardar – Lead Guitar


Hometown
Kota Bharu, Kelantan


Visit Last Minute page : http://www.facebook.com/minitterakhir

#110:#Rindu kawan lama :')

Assalamualaikum.
Okay percaya atau tak. Harini aku bosan sangat kat rumah. Dan aku start buat keje gilaa. Jangan tanya kerja apaa tu. Biar lah Allah je yg tahu apa aku buat. Hahahahaha LOL aku kemas rumah, mop lantai, lipat baju semuaa. Mesti tak percaya kan? Gua dah agak daahh. Tu pasal gua malas nak cite :P huhu. Kdiaammm.

Lepas siap semua kerja, aku pun duduk laaa lepan laptop ni. Skype dengan Akmalia and Syafiqah. Haha gelakkk memanjang~ habis keluar ilmu2 aku sikit. Hiw hiw :'> wtv laaa. Tadi aku on facebook. Bosann. On twitter samaa lagi lah bosaaan. Then aku godek-godek facebook aku tu, tengok video's yg lama-lama. and I found whatt youuu? Video kelas 3Harmoni2010. Ohhhhhh Rinduuuu korang gilagilagilaa. berapa banyak gila sampai aku pun jadi gilaa. fullstop.

Ksambung. Aku rindu korang sangat weh :'< serious tak tipuu. Menitis air mata aku. See aku yg gengster (gangster ke) ni pun boleh nangis rindu korang. Korang yg baik tak nangis ke rindu aku? Hahahaha perasan kau nadiaa. Blahh~ kayy aku tak tahu bila aku akan jumpa korang, so aku harap korang sihat walafiat. Tahun depan kita SPM. Biasaaa, Subjek Paling Senang. So tak payah risau laa. Hahahahahaha LOL harap dapat jumpa korang semuaaaaa, one day if Allah will :') insyaAllah. K take care, salam.



 *on facebook baru boleh tengok video ni. Sorry this is kinda anoyying aite? -.-'

#109:Bunga atau Mutiara?

Tajuk ni menarik perhatian Nadia masa on facebook and pegi dekat satu group tadi. Sesuai untuk insan yang bergelar gadis.


“ bunga atau mutiara? ”

Bunga cantik. Begitu juga dgn mutiara. Mana satu yang awak pilih? Ye, bunga baunya wangi, warnanya cantik, meggoda dan menarik.. manakala permata tinggi harganya dan cantik juga..

Tetapi bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik mentari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cengkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan bunga hanya sementara dan kecantikan mutiara akan kekal. Samalah juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.



"Oleh itu, wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan!"
 Syurga Allah itu mahal harganya!
P/s : Renung-renungkan sahabat-sahabatku muslimah, Muhasabah Diri.

Pilihan di tangan Anda.
Selawat & Istighfar

#108: Awal Muharam + New December

Hello December ^.^
Please be niceeee with me okaaaayy ~
Huh, Sekejap je dah nak habis cuti. Homework dekat belakang tuu menimbun lagi. Pehh memang arr, tak tau lah bila nak siapnyaa. Folio Awam lagii, ohhhh.... cikguu!! Kami nak cuti la, taknak homework. wuwuuuu D': Dalam banyak-banyak homework aku, yg jadi favourite ofcourse MATH dgn ADD MATH. Time online pun boleh buat:) tapi sedihh tak pernah nak siap. huhuhu, biaselahh kalau laptop dah depan mata. Kerja lain mana gerak. Hahaha. Stopp.

Start aku balik harituu, aku cuma keluar rumah 3kali. kayy whattt? 3 KALI JER? yess i'am. sedihh kan? T__T aku ni bukan nya jenis macam perempuan-perempuan kat luar sana, yang mak bapak diorang kasi keluar je sukahati. Parents aku kawal ketat aku punya daily life. Serious, aku duduk rumah je, nak keluar pun hmmm abang aku takde nak temankan. Dia ada exam, jumaat ni balik lah. Eh? Haa dah boleh da tuu, minggu dpan nak suruh abg aku hantar aku pegi jalan, nak keluar ar. Kawan-kawan semua dah ajak, aku je busy. Sorry :'\

Sekarang dah december, next month Januari 2012. YES 2012!! Aku dah tak boleh main-main lagi. SPM year. Aku kena belajar betul-betul. Bukan macam form4 lagi. Aku dah tak boleh tidur awal. Aku dah tak boleh malas-malas. Aku dah tak boleh nak bising-bising macam duluu, kalau tak nnti ilmu keluar? haha. Yeahhh my friends, we will meet again in January 2012 :D Korang tau kan aku perlukan korang untuk ceriakan harihari aku dekat asrama? hmm, aku harap tahun 2012 akan jadi tahun paling bermakna buat kitaa semuaa. Whattlaaa. Senior Year !!!!!
 4Awam2'11 / 5Awam2'12
 (Girls) 4CivilEngineering2 and gonna be 5CivilEngineering2
 (Dorm5) is the awesome dorm ever :'D Masyitah's - FiveForFighting!
 Zumira and Nurul, tahun depan kita buat Story baru yeh! lupakan benda yg dah lepas :'D
Auniii! Tahun depan kau kena tidur katil atas balik x)

#107:Tagged by Cik Aina, completed!

Boutique m&m’s , Leicester square (by √©chancrure)

Assalamualaikum :) Aduuhhhh, gua malas betul lah nak jawab tag-tag orang ni. Tapi disebabkan adik comel ; Cik Aina ni dah mention nama I dekat blog dia and dah inform me use chatbox, kenalah jugak buat. Hahaha Hak alahhh Nadia! Bukan selalu pun kau buat tag orang, buat jelahhh! Kk yeee aku buat la nihh. Syarat dia banyak tapi Nadia rasa Nadia nak buat yg ni je, boleh kan? alaa boleh tak boleh aku punya pasal la, blog aku kan, bukan kau. Huhuhu. Tapi sorry laa Nadia taknak tag orang yeee. Kbye.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the question that tagger set for you in their post.
11 things about me/myself :)
1. Kalau nak borak dgn Nadia mesti bagi salam, paling tak pun say Hye or Hello. Jangan nak pakai hoi-hoi dengan aku k, aku tak suka. Tapi kalau aku buat dekat korang tu, tegur la aku. Kadang2 aku pun tak perasan, Hehe.
2. Nadia anak kedua daripada empat orang adik-beradik #ImmaKAKAKokay
3. Suka gila makan cekodok pisang, and please jangan goda aku time aku tengah puasa. Kalau benda lain aku tak kisah, tapi jangan lah cekodok pisang.
4. Birthday aku 20nov. Nak hadiah la haha. Tahun ni tarikh lawa k 20112011 *sajebagitahu
5. I'm staying in dorm5 for 2 years with beloved unique attitudes dormmates :)
6. Suka baca artikel dekat AkuIslam
7. Nadia memang selalu tidur awal. Jangan byk complaint eh korang, Haha
8. Tengah redha kan hati ni walaupun tengah sedih. Buang rasa kecik hati #trying
9. Nak belajar masak macam-macam. Ada siapa-siapa nak ajar? ~.<
10. Almost orang suka Cadbury Blackforest kan? Ahaa aku tak! Aku suka Cadbury Fruit and Nut. Tapi aku paling suka M&M yg plastic kuning tu, fav aku doh
11. No.11 tu favourite number Nadia laaa :D

And questions from Aina is :
1. Do you know what 'swag' means? What is it?
=> barang rampasan. Eh? entah la.
2. You prefer schools or holidays?
=> Schools. Tapi kalau aku nak cuti bila-bila aku boleh buat cuti sendiri.
3. What is the colour of shirt you are wearing now?
=> Orange...? eeuuuwww~
4. What is your favourite movie?
=> Nadia tak tengok movie sangat laa.
5. When was the last time you met your best friend?
=> Last day school. 18november, and now I miss her ><
6. What is your favourite song for now?
=> Carta Hati mcm menarik hati I je kan, hahaha
7. Who is your favourite Youtube-ers?
=> Mat Luthfi, ohhhseeemmm!
8. Do you have any crush on Blogger?
=> No, nobody
9. When was the last time you watch television?
=> Now still watching.
10. What model of handphone you're using?
=> Halaahh phone cikai jee. Pakai phone pun kadang-kadang jee
11. Does all my question annoyed you?
=> No lahh. interesting ada lah :) thanks k.

#106:Congrates Ainan Tasneem!

Assalamualaikum semua:) hari ni sangat bosaaaann. Dan Nadia habiskan masa dengan online facebook, update twitter dan siapkan homework. ~.~ ...? k tipuu. Buat homework kejap je lepastu tah kemana. Ahaha Nadia kan. Mana nak fokus kalau dah lappy depan mata. Ish Ish!

Ha lupa pulak point sekarang, Nadia nak story pasal Ainan Tasneem. K siapa dia? haaa dia kawan Nadia dekat facebook. Tak tahu pulak dia kawan dengan member Nadia sorang tu, Uzair? Kalau tak silap dulu dia study dekat Matrik Gopeng? Tapi sekarang dah dekat Perlis. K bla bla bla bla bla. Tiba-tiba Nadia tahu dia ada cover lagu orang. Ha memang great lah voice dia. Nak tahu pergi search YouTube. Macam-macam ada.

Ainan ada buat original songs, dia buat sendiri k. First song, Aku Suka Dia and second song, Aku Keliru. Nadia bawak lagu ni pergi asrama, habis satu dorm macam "Ohmygawd naisee gila suara dia! Kawan kau ke? Kirim salam dia k" Haha Am was like speachless :* pandai aku promote lagu Ainan ni. Haha. Lagu tu dah jadi trend dekat dorm, sebab dia mcm sesuai je dengan situasi hostellite. weheeee Thanks Ainan! Sebab lagu you, dormmates I jadi gilaaaa nyanyi~ siap buat band lagi dekat bilik air, pakai baldi as a drum and so on. Hahaha.

To Ainan Tasneem, Goodluck in this world and hereafter. Focus on your education first, then focus on the music. Hope Ainan continue to progress and succeed :)

#105:Jom Baca Ni! Kisah Tauladan untuk semua :)





Assalamualaikum
A : aku dan dia dah putus…

B : kenapa?
A : aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang

B : kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…
A : kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…

B : buatlah apa yang kau rasa terbaik….

Selepas setahun
A : aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu..
B : kenapa? apa yang dah jadi…?
A : dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih..

B : kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang
A : entah. mungkin rasa dikhianati. tak dihargai. mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. 

     rabak.. koyak.. patah..
B: lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni.. tidurlah dah lewat..
A : aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap. kecewa aku menggunung. otak aku overtime..

Beberapa bulan kemudian
A : Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.
B : kau ada jawapan?

A : (senyum) ada…mudah.
B : apa dia?
A : bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. apa yang jadi dalam
     hidup aku. dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?
B : kongsi lah..
A : Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa
     tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. sedangkan
     banyak benda yang aku lalai. hubungan aku dengan Allah aku terabai..
B : maksud kau?
A : aku banyak berfikir. refleksi balik segalanya. cari jawpan pada soalan-soalan aku. aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.
     leka dengan cinta lelaki. aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.
     Nak tahu sesuatu?
B : teruskan aku dengar..
A : aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. sekarang aku rasa aku tahu kenapa. aku belum cukup baik. dan aku kena
     betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. tapi kita manusia ni lebih menghargai
     rasa cinta itu daripada Si Pemberi. Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan.. rindulah sayanglah then
     gaduh sampai emo seminggu. lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat.. sebab tu,lebih baik mencegah
     daripada mengubati bukan..
B : so sekarang?
A : aku tengah berjuang, menjadi lebih baik..doakan..selangkah..dua langkah..aku sedang berlari, mendekati Pencipta
B : lelaki?cinta?
A : hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti :)
B : kau yakin sekarang?rasa lebih baik?
A : alhamdulillah. semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. aku nampak
     cahaya melambai-lambai dari jauh. cahaya itu yang buat aku bangun. dan ketenangan itu milik aku. sungguh,hikmah itu kalau dicari
     gali manisnya tiada berpenghujung. aku khilaf. sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak. 
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. syukur :)
p/s : Semoga bermanfaat ^^
-- MANUSIA --
DUNGU: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain #i'm here! you?

#104:A night with them : classmates

Assalamualaikum :) K dah lama tak update kan. Takda topik nak share. Hmmmm :X Lepas final exam harituu akhir bulan 10.. yes macam kelas-kelas lain buat, camp 3hari 2malam dekat Langkawi lah, Janda Baik lah, Port Dickson lah, sebenarnya kitorang pun ada plan jugak, dan siap tempah resort BBQ bagai lepastu? okayy kes tutup -.- malas nak ungkit nanti sedihh. Lepastuu kitorang plan nak buat makan-makan dekat Bagan Lalang, dengar cite best tempat tu? Ahha and lastly sama juga tak jadi. Sebab bas tak boleh bawak keluar dari Negeri Sembilan. Kfoineeeee =.=' Then try mintak dekat apa tah nama tempat tuuu, punn tak jadi! How comeeeeeee lah nasib kitorang? ~.~ Sedih gila Ekyn dengan Ika sbb susah payah buat kertas kerja semua.


Dah tak jadi tu kitorang plan last tempat, haritu 14 november 2011, akhirnya kelas 4Awam2 dapat jugak buat dinner outing dekat Restoran Wadi Ar-Raudhah, Rahang Negeri Sembilan. Ahha macam tauuuu? mesti tak tau kan? hahaha kdiamm. Yee maklumlah kitorang kan insider, so macam bataks sikit lah bila dapat keluar tu. Punye lahh susah nak pujuk budak-budak ni join sama, masing-masing touching pasal kes tak jadi pegi dulu tu :X and finally diorang pergi juga even ada setengah yang tak dapat pergi : Syafiqah-Hidayah-Syuhada-Zaim-Izzudin-Farhan :')
K, ni je yg dapat aku upload. Kalau nak suruh aku upload semua memang tak ah. So kalau nak tengok banyak lagi boleh tengok dekat link ni Class Dinner 4A2 :) aku bagi Qema semua gambar-gambar kita. Aku tak rajin nak upload banyak-banyak.

Oh ye, penutup. Aku harap kita satu kelas dapat belajar sama-sama sampai dapat kelas no1 sekolah k? Alaa sikit je beza dengan kelas awam1 Haha XD and and aku harap persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Tahun depan jumpa lagi! K daaaa~ thanks to reading!
: wassalam:)

#103:i'm home :D

Assalamualaikum Hye =)
woot woot ! Nadia baru balik ni. Exam baruu je habis tadi, fuhhhh legaa gila. Paper Sejarah pulak tuu. Paper pelik sedunia. *Jangan tanya aku kenapa aku tak minat sejarah -_____- grrrrr huhuh.

So tadi aku balik, bawak budak dua orang ni? anak siapa? haaa anak PakcikKamaruddin dengan PakcikBaharun (: yang baju pink tu Noratika Sabiha and yang baju coklat tu pulak Nurulhalalailatul Herda. Haaa nama dia mmg mcm ind*n sikit. Susah nak sebut kalau first time dengar Haha (sorry --')
Okaayyyyy, Hari ni birthday Abah! HAPPY BIRTHDAY abaaaaaaaahh ^^ sorry pagi tadi tak wish. Nadia(aya) kat asrama bangun awal terus pegi surau then balik tak sempat nak pegi public phone sbb risau sangat nak amik exam sejarah, aya minta maaf abah :'( Aya doakan abah panjang umur murah rezeki. Semoga hidup kita satu family diberkati dan dirahmati Allah swt dan semoga abah dapat jadi orang yg berjaya didunia dan diakhirat, aminn~
dearest,
nadiasyamimi

#102:First october 2011

Assalamualaikum, hye my dearest bloggieeeee 
Haaaaaaa senyum sikitt nak snap gambar ni (Y) hee comel dah tuu kbai. hahaha


Hooiii rindunya nak blog, dah lama kan Nadia tak update blog ni. Memang lama sangat. Rindu tak? Rindu tak? err cepat cakap 'ye'.. err tak? kbai. *segan* Muahaha. Bukan apa, sekarang Nadia mana lah rajin online sangat. Nak on blogger.com pun tak sempat oh. Lagi satu, sejak Nadia duduk asrama Nadia dah ada 'tiutmiutbook' Haha. ape tuhh? yeah tengok bawah nii --->

Haaa tu lah buku nyeee. Nadia beli buku tu dekat Popular time outing dekat Terminal 1, Seremban. Entah? lupa. Haha buku tuu ada macam-macam benda Nadia tulis. Memang betul-betul blog lah. Time happy sedih marah semua Nadia sumbatkan dalam buku tu. Takde sape boleh baca, cuma kalau ada yg nak tengok lirik lagu semua bolehlah, tapi yg pasti takda siapa yg boleh baca semua isi dalam tu. ONLY ME :) 

So my official bloggie. Jangan sedih, Nadia bukan nak curang cuma buku tu blog sementara Nadia je. More privacy kott. Cakap je name sape takde dalam buku tuu, semua kawan-kawan Nadia ada dalam tuh. Haha nasib ah kan, buku aku kau kisah ape? suka hati aku la nak tulis apa pun. Jangan risau aku takde musuh siapa-siapa pun. Even korang selalu buli-buli aku -____- Haha thanks sebab sudi kawan dengan aku. 
bubbyeee 

#101:Ya Allah berikan aku cinta ~

This story is about a broken-hearted girl yang dulunya pernah menyayangi someone and at last selepas putusnya kasih antara dua manusia ni, she never act the same way to this guy. Her feeling had changed; 360 degree~
Bila sayang pada si dia, sayangilah sekadar saja
Kerana mungkin di hari muka, kau akan membencinya pula
Rasa sayang dalam manusia, sentiasa diduga
Kekadang berubah, membawa nestapa, bersederhanalah

Bila benci pada si dia, bencilah sekadar sahaja
Kerana mungkin di hari muka, kau kan menyayangnya semula
Beginilah jiwa manusia, penuh pancaroba
Sentiasa tertanya, arahnya ke mana, nasibnya di dunia
(Benci & sayang:bersederhanalah by Nur Irsyadi)
 
 


Atas ni, hanyalah sebuah situasi yang dirasakan oleh sesetengah dari kita. Bila jumpa rasa sakit hati,bila ternampak artwork dia ke apa ke, ada perasaan tak puas hati, bila terdengar nama dia terus kita jadi sesak nafas, bila kita terserempak dengan gang dia, rasa macam hati berdarah kembali. Pendek kata, semua jadi serba tak kena. Ya, sebab kita hidup dalam dendam yang berpanjangan. Hidup dalam derita yang kita pilih. Sedangkan semuanya boleh jadi seperti sedia kala bila kita memaafkan. 

That's the point. Tapi kita susah. Jalannya, pintalah kepada Allah. Semoga Dia memberikan kita peluang untuk menjadi seorang pemaaf. Owh, truly it's not just for the couple one, dalam kawan-kawan pun sama. ada backstabbing then kita tak boleh terima. 

The conclusion is, just forget about the past dan cuba cari hikmahnya. Kamu tahu, something yang berlaku yang Allah nak kita rasa, ada sebabnya, ada hikmahnya. Kalau tak jadi macam tu, tak adalah kita pada hari ini yang lebih kuat right? Maka, berdoalah kepada Allah, agar Dia mengurniakan kita cinta-Nya. Lagi terbaik! =) 

#100:Ini yang susah suka orang yang tak kenal kita

Credit : people (tak ingat siapa)
Starting..

Takpee jangan risauu. Apa guna ada kawan kalau tak manfaatkan, soo dah dapat pengajaran kan?

Pergi sekolah belajar. Jangan buat benda yang takda faedah, membazir masa je. Bukan tak boleh cakap dengan lelaki, tapi seboleh-bolehnya elakkan. Cakap bila perlu je, iyee wahai perempuan yg bernama remaja :) Hati perempuan ni sangat lemah (walaupun kau keras hati mcm mna skali pun). Selagi namanya perempuan tetap lembut dimata Allah :) Jadi jangan buat perkara yg sia-sia, hidup cuma sekali jadi manfaat kan hidup kita dengan beriman kepada Dia yang satu.

aku cakap semua ni untuk aku jugak, untuk kebaikan kita bersama.