#108: Awal Muharam + New December

Hello December ^.^
Please be niceeee with me okaaaayy ~
Huh, Sekejap je dah nak habis cuti. Homework dekat belakang tuu menimbun lagi. Pehh memang arr, tak tau lah bila nak siapnyaa. Folio Awam lagii, ohhhh.... cikguu!! Kami nak cuti la, taknak homework. wuwuuuu D': Dalam banyak-banyak homework aku, yg jadi favourite ofcourse MATH dgn ADD MATH. Time online pun boleh buat:) tapi sedihh tak pernah nak siap. huhuhu, biaselahh kalau laptop dah depan mata. Kerja lain mana gerak. Hahaha. Stopp.

Start aku balik harituu, aku cuma keluar rumah 3kali. kayy whattt? 3 KALI JER? yess i'am. sedihh kan? T__T aku ni bukan nya jenis macam perempuan-perempuan kat luar sana, yang mak bapak diorang kasi keluar je sukahati. Parents aku kawal ketat aku punya daily life. Serious, aku duduk rumah je, nak keluar pun hmmm abang aku takde nak temankan. Dia ada exam, jumaat ni balik lah. Eh? Haa dah boleh da tuu, minggu dpan nak suruh abg aku hantar aku pegi jalan, nak keluar ar. Kawan-kawan semua dah ajak, aku je busy. Sorry :'\

Sekarang dah december, next month Januari 2012. YES 2012!! Aku dah tak boleh main-main lagi. SPM year. Aku kena belajar betul-betul. Bukan macam form4 lagi. Aku dah tak boleh tidur awal. Aku dah tak boleh malas-malas. Aku dah tak boleh nak bising-bising macam duluu, kalau tak nnti ilmu keluar? haha. Yeahhh my friends, we will meet again in January 2012 :D Korang tau kan aku perlukan korang untuk ceriakan harihari aku dekat asrama? hmm, aku harap tahun 2012 akan jadi tahun paling bermakna buat kitaa semuaa. Whattlaaa. Senior Year !!!!!
 4Awam2'11 / 5Awam2'12
 (Girls) 4CivilEngineering2 and gonna be 5CivilEngineering2
 (Dorm5) is the awesome dorm ever :'D Masyitah's - FiveForFighting!
 Zumira and Nurul, tahun depan kita buat Story baru yeh! lupakan benda yg dah lepas :'D
Auniii! Tahun depan kau kena tidur katil atas balik x)

#107:Tagged by Cik Aina, completed!

Boutique m&m’s , Leicester square (by √©chancrure)

Assalamualaikum :) Aduuhhhh, gua malas betul lah nak jawab tag-tag orang ni. Tapi disebabkan adik comel ; Cik Aina ni dah mention nama I dekat blog dia and dah inform me use chatbox, kenalah jugak buat. Hahaha Hak alahhh Nadia! Bukan selalu pun kau buat tag orang, buat jelahhh! Kk yeee aku buat la nihh. Syarat dia banyak tapi Nadia rasa Nadia nak buat yg ni je, boleh kan? alaa boleh tak boleh aku punya pasal la, blog aku kan, bukan kau. Huhuhu. Tapi sorry laa Nadia taknak tag orang yeee. Kbye.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the question that tagger set for you in their post.
11 things about me/myself :)
1. Kalau nak borak dgn Nadia mesti bagi salam, paling tak pun say Hye or Hello. Jangan nak pakai hoi-hoi dengan aku k, aku tak suka. Tapi kalau aku buat dekat korang tu, tegur la aku. Kadang2 aku pun tak perasan, Hehe.
2. Nadia anak kedua daripada empat orang adik-beradik #ImmaKAKAKokay
3. Suka gila makan cekodok pisang, and please jangan goda aku time aku tengah puasa. Kalau benda lain aku tak kisah, tapi jangan lah cekodok pisang.
4. Birthday aku 20nov. Nak hadiah la haha. Tahun ni tarikh lawa k 20112011 *sajebagitahu
5. I'm staying in dorm5 for 2 years with beloved unique attitudes dormmates :)
6. Suka baca artikel dekat AkuIslam
7. Nadia memang selalu tidur awal. Jangan byk complaint eh korang, Haha
8. Tengah redha kan hati ni walaupun tengah sedih. Buang rasa kecik hati #trying
9. Nak belajar masak macam-macam. Ada siapa-siapa nak ajar? ~.<
10. Almost orang suka Cadbury Blackforest kan? Ahaa aku tak! Aku suka Cadbury Fruit and Nut. Tapi aku paling suka M&M yg plastic kuning tu, fav aku doh
11. No.11 tu favourite number Nadia laaa :D

And questions from Aina is :
1. Do you know what 'swag' means? What is it?
=> barang rampasan. Eh? entah la.
2. You prefer schools or holidays?
=> Schools. Tapi kalau aku nak cuti bila-bila aku boleh buat cuti sendiri.
3. What is the colour of shirt you are wearing now?
=> Orange...? eeuuuwww~
4. What is your favourite movie?
=> Nadia tak tengok movie sangat laa.
5. When was the last time you met your best friend?
=> Last day school. 18november, and now I miss her ><
6. What is your favourite song for now?
=> Carta Hati mcm menarik hati I je kan, hahaha
7. Who is your favourite Youtube-ers?
=> Mat Luthfi, ohhhseeemmm!
8. Do you have any crush on Blogger?
=> No, nobody
9. When was the last time you watch television?
=> Now still watching.
10. What model of handphone you're using?
=> Halaahh phone cikai jee. Pakai phone pun kadang-kadang jee
11. Does all my question annoyed you?
=> No lahh. interesting ada lah :) thanks k.

#106:Congrates Ainan Tasneem!

Assalamualaikum semua:) hari ni sangat bosaaaann. Dan Nadia habiskan masa dengan online facebook, update twitter dan siapkan homework. ~.~ ...? k tipuu. Buat homework kejap je lepastu tah kemana. Ahaha Nadia kan. Mana nak fokus kalau dah lappy depan mata. Ish Ish!

Ha lupa pulak point sekarang, Nadia nak story pasal Ainan Tasneem. K siapa dia? haaa dia kawan Nadia dekat facebook. Tak tahu pulak dia kawan dengan member Nadia sorang tu, Uzair? Kalau tak silap dulu dia study dekat Matrik Gopeng? Tapi sekarang dah dekat Perlis. K bla bla bla bla bla. Tiba-tiba Nadia tahu dia ada cover lagu orang. Ha memang great lah voice dia. Nak tahu pergi search YouTube. Macam-macam ada.

Ainan ada buat original songs, dia buat sendiri k. First song, Aku Suka Dia and second song, Aku Keliru. Nadia bawak lagu ni pergi asrama, habis satu dorm macam "Ohmygawd naisee gila suara dia! Kawan kau ke? Kirim salam dia k" Haha Am was like speachless :* pandai aku promote lagu Ainan ni. Haha. Lagu tu dah jadi trend dekat dorm, sebab dia mcm sesuai je dengan situasi hostellite. weheeee Thanks Ainan! Sebab lagu you, dormmates I jadi gilaaaa nyanyi~ siap buat band lagi dekat bilik air, pakai baldi as a drum and so on. Hahaha.

To Ainan Tasneem, Goodluck in this world and hereafter. Focus on your education first, then focus on the music. Hope Ainan continue to progress and succeed :)

#105:Jom Baca Ni! Kisah Tauladan untuk semua :)





Assalamualaikum
A : aku dan dia dah putus…

B : kenapa?
A : aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang

B : kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…
A : kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…

B : buatlah apa yang kau rasa terbaik….

Selepas setahun
A : aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu..
B : kenapa? apa yang dah jadi…?
A : dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih..

B : kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang
A : entah. mungkin rasa dikhianati. tak dihargai. mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. 

     rabak.. koyak.. patah..
B: lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni.. tidurlah dah lewat..
A : aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap. kecewa aku menggunung. otak aku overtime..

Beberapa bulan kemudian
A : Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.
B : kau ada jawapan?

A : (senyum) ada…mudah.
B : apa dia?
A : bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. apa yang jadi dalam
     hidup aku. dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?
B : kongsi lah..
A : Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa
     tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. sedangkan
     banyak benda yang aku lalai. hubungan aku dengan Allah aku terabai..
B : maksud kau?
A : aku banyak berfikir. refleksi balik segalanya. cari jawpan pada soalan-soalan aku. aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.
     leka dengan cinta lelaki. aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.
     Nak tahu sesuatu?
B : teruskan aku dengar..
A : aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. sekarang aku rasa aku tahu kenapa. aku belum cukup baik. dan aku kena
     betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. tapi kita manusia ni lebih menghargai
     rasa cinta itu daripada Si Pemberi. Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan.. rindulah sayanglah then
     gaduh sampai emo seminggu. lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat.. sebab tu,lebih baik mencegah
     daripada mengubati bukan..
B : so sekarang?
A : aku tengah berjuang, menjadi lebih baik..doakan..selangkah..dua langkah..aku sedang berlari, mendekati Pencipta
B : lelaki?cinta?
A : hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti :)
B : kau yakin sekarang?rasa lebih baik?
A : alhamdulillah. semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. aku nampak
     cahaya melambai-lambai dari jauh. cahaya itu yang buat aku bangun. dan ketenangan itu milik aku. sungguh,hikmah itu kalau dicari
     gali manisnya tiada berpenghujung. aku khilaf. sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak. 
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. syukur :)
p/s : Semoga bermanfaat ^^
-- MANUSIA --
DUNGU: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain #i'm here! you?

#104:A night with them : classmates

Assalamualaikum :) K dah lama tak update kan. Takda topik nak share. Hmmmm :X Lepas final exam harituu akhir bulan 10.. yes macam kelas-kelas lain buat, camp 3hari 2malam dekat Langkawi lah, Janda Baik lah, Port Dickson lah, sebenarnya kitorang pun ada plan jugak, dan siap tempah resort BBQ bagai lepastu? okayy kes tutup -.- malas nak ungkit nanti sedihh. Lepastuu kitorang plan nak buat makan-makan dekat Bagan Lalang, dengar cite best tempat tu? Ahha and lastly sama juga tak jadi. Sebab bas tak boleh bawak keluar dari Negeri Sembilan. Kfoineeeee =.=' Then try mintak dekat apa tah nama tempat tuuu, punn tak jadi! How comeeeeeee lah nasib kitorang? ~.~ Sedih gila Ekyn dengan Ika sbb susah payah buat kertas kerja semua.


Dah tak jadi tu kitorang plan last tempat, haritu 14 november 2011, akhirnya kelas 4Awam2 dapat jugak buat dinner outing dekat Restoran Wadi Ar-Raudhah, Rahang Negeri Sembilan. Ahha macam tauuuu? mesti tak tau kan? hahaha kdiamm. Yee maklumlah kitorang kan insider, so macam bataks sikit lah bila dapat keluar tu. Punye lahh susah nak pujuk budak-budak ni join sama, masing-masing touching pasal kes tak jadi pegi dulu tu :X and finally diorang pergi juga even ada setengah yang tak dapat pergi : Syafiqah-Hidayah-Syuhada-Zaim-Izzudin-Farhan :')
K, ni je yg dapat aku upload. Kalau nak suruh aku upload semua memang tak ah. So kalau nak tengok banyak lagi boleh tengok dekat link ni Class Dinner 4A2 :) aku bagi Qema semua gambar-gambar kita. Aku tak rajin nak upload banyak-banyak.

Oh ye, penutup. Aku harap kita satu kelas dapat belajar sama-sama sampai dapat kelas no1 sekolah k? Alaa sikit je beza dengan kelas awam1 Haha XD and and aku harap persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Tahun depan jumpa lagi! K daaaa~ thanks to reading!
: wassalam:)