#33:CHOLES EVIGNY x MiuMiu

Kitsch swallows, daisies and cats!


p/s : Thanks Jezmine dearie for the invite :D

#31:very very very sadd :(

result midyear exam dah keluar. aku punye result? ohh gosh! please lah. jangan tanya lagi! aku dah cukup gembira sebab tak ade fail HAHA. yg lain semua tak perlu cerita kot. kalau result aku BAIK nanti baru aku cerita keyh? hehe :) kenape korang suke tanya aku punye result? kalau aku tanye korang balik, korang bukannye jawab balik kan. eleh. hahaha:D kat sini aku cuma boleh cerita balik pasal result aku. markah secret lah. aku just combine yg midyear dengan march punye je ye . banyak yg menurun :(


Bahasa Melayu : down 12% :'(
Bahasa Inggeris : down 6% :(
Mathematics : down 4% :(
Agama : plus 8% ! :)
Science : same :]
Sejarah : down 2% :(
Geografi : down 43% [veryverybadd] =.="
Kemahiran Hidup Bersepadu : plus 10% :D


#29:Buat insan yang diuji



Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah..Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha..Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah..Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah..

iLuvislam.com <3