#115: Last Day on 2011

Assalamualaikum, sila serious.
ini namanya takde idea nak buat. Sebab tu muka pun macam -________-
Sebenarnya otak aku dah kering takde idea nak buat entri. Ada tu memang ada, tapi nanti kang aku cerita korang cakap aku ni kuat merepek pulak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . aahhh kesahh? k fine. *merajuk


Hahahahah kuat touching is not me. *english berterabur. Jangan salahkan saya. Jangan salahkan ibu mengandung, salahkan bapa yang mandul <------- kau dah kenapa Nadia #tetibe -______- Kdiaaaaaaam


Semua orang sila serious balik. Kthanks.


 Niat Sebenar :
Saje nak buat 'anoyying entry' sempena hari terakhir tahun 2011 ni. Gonna miss all the moment in this year :') Serious. 2011 buat aku jadi lebih matang. Thanks a lot to my friends yang banyak membantu. You know kan i tak rindu you langsung Hahahahah k bergurau :3


Untuk semua orang yang pernah buat aku HAPPY, GELAK, GEMBIRA sampai lupa diri, terima kasih jugak:) Tak lupa juga buat keluarga tercinta sebab dah banyak habiskan duit untuk aku tahun ni dan semua-semua nye lahhh! Thankyou very much. Appreaciate sangatt mak abah :'D


Sekarang Terima Kasih untuk orang yg dah buat aku SEDIH, MENANGIS, and all the bad things. Even it's too much but it's okay, you make me so matured after. Serious thanks a lot :')


Minta maaf untuk korang yang aku dah banyak buat sakithati. Aku tak tau lah siapa siapa yg terasa dgn aku, minta maaf sangat :'( tau tau. sooooorrryyy!
okay nampak sangat saja buat entri panjang letak space enter banyak-banyak, hahahahahah kbye.
Selamat Malam 2011! GOODBYE <3 Assalamualaikum.

#114:Congrats! PMR result..

Sila tekan play bila baca entri ni
 
Assalamualaikum w.r.t.
 saje nak menyemak japp hahaha kejap jeee kbye
Tengok tajuk pun tahu aku nak cite pasal apa kan? Yes about PMR result! Ehh bukan aku, tapi budak 3 orang ni ha. Kira macam adik aku lah jugak. Dua perempuan sorang lelaki. Okay biar aku cite sorang-sorang.
MANGSA PERTAMA
-Finnun Fatimatuzzahrah Binti Sabarudin-
Entah apa yg sama sampai orang semua ingat kitorang adik-beradik kandung o.O'
Pelik sangat nama, aku panggil dia Finnun je. Tapi kadang-kadang panggil 'nunnun', nampak lebih comel, bukan? :D By the way TAHNIAH sebab dapat straight A's (8A)! Mak aku balik je rumah terus bagitahu "finnun 8A!" and aku pun, em "whattttt? serious?" gila lahh *dengan air mata terharu Alhamdulillah. terima kasih ya Allah sebab doa aku diperkenakan. Syukran :') Sangat tak sangka. Lepas tu aku cakap dekat mak..

me : mesti dia apply sbp kan hmm
mak : tak tahu lah, ibu dia cakap finnun nak apply TTJ
me : yeke? kenapa tak apply sbp? sayang je straight A's tu.
mak : tu la, tapi ibu dia ckp Finnun nak same sekolah dgn kak puteri! (muka mak happy gila)
me : ouh (tak tau nak cakap apa. Rasa mcm nak nangis, terharu gila)

Terus masuk bilik nak call finnun tapi dia off phone dan aku sedikit kecewa. Mungkin dia tengah happy tahap gaban sebab tu taknak diganggu. yelahh 8A kott! ^.^ again congrats Fyn. Masuk TTJ nanti cari akak!
MANGSA KEDUA
-Nur Najihah Binti Esa-
Twin Finnun. Tengok gambar ^ Mana lah aku tak keliru dia dengan finnun. Sama je muka :D
Actually tak sure nama penuh Jia betul ke tak tu? hehe sorry kalau salah. Dia ni kembar Finnun. Mula-mula aku tengok pun agak keliru lahh jugak, tapi dah lama-lama tu tak sama langsung hahaha joke joke. Sama tapi tak serupa. Okay btw CONGRATS jia sebab 6A's !
Ehh okay apa 6A! Akak dulu 5A je tauu *kan dah bocor rahsia Hahaha chill laa. SPM ada lagi <-- ayat orang ramai. hehe nanti belajar rajin-rajin lagi eh! Semoga jia sentiasa berjaya walau dimana jua Jia belajar. Masuk TTJ cari akak jugak! hee Okay congrats again :) jangan sedih-sedih. Senyum jeee okay result dah lawaaaa tu :3
MANGSA KETIGA
-Muhammad Haiman bin Hillaluddin-
Nahhh. Dia tak ada gambar dia pakai baju sekolah. Ni je ada Hahaha k
Panjang sangat nama panggil man je. Haha budak kajang ni, aku kenal dia dekat myspace dulu and now sampai ke facebook and blog. Dia suka sangat panggil aku 'sifu' sebab dia nak belajar blogging dengan aku Hahaha k mcm lawak jee tu. Papepun tahniah sebab..
..sebab dapat straight A's (8A) man!! Nadia dah agak dah mesti straight A's punyaaaaa ;D Hahaha. Hah apa apa? nak hadiah? meh la datang Puchong nanti Nadia belanjaa hahaha. Papepun, tahniah jugak sebab impian man nak masuk SM Sains Bagan Datoh (SABDA) tu tercapai! Belajar rajin-rajin ye lepas ni ;) okay jaga diri masuk asrama nanti ^.^
CONCLUSION
Tengok lahh diorang. Tiba-tiba aku rasa macam buduss sangat je dulu. Serious rasa nak nangis bila ingat balik, aku takde semangat nak amik PMR dulu. Maklumlah, aku lambat matang sikit -.- but now dah matang! hehe

Buat adik-adik atas ni, belajar rajin-rajin. Form4 bukan untuk honeymoon year. Yup ulang lagi sekali 'bukan honeymoon year' *saja buat penegesan jap Korang belajar lah rajin-rajin, struggle untuk SPM pula. Chaiyok chaiyok! btw doakan akak awak ni nak spm tahun depan :') heeee k.

Aku harap SPM aku tahun depan dapat buat mak dengan abah nangis air mata gembira macam mana abang dapat straight A's untuk SPM dia 2010 dulu. Ya Allah, harapan aku tinggi sangat. Semoga aku jadi budak rajin dan sentiasa berusaha. insyaAllah:') kawan-kawan! doakan Nadia berjaya dunia dan akhirat. Semoga Allah balas jasa baik korang yang mendoakan untuk Nadia, terima kasih banyak.
Sekian, wassalam.

#113:Homemade Chocolate cake

Assalamualaikum.
Tetiba rindu pulak dekat minah ni. Eh eh nama dia bukan minah, nama dia mira

Aku sebenarnya malas tapi aku nak jugak update blog.

Hari ni aku nak habiskan latihan sejarah form4. Tak tau asal tetiba rajin. Pagi-pagi lagi mak dengan abah dah keluar pegi kerja. Dekat rumah ada aku and adik dua orang. Abang dah balik kolej.

Ajim pagi-pagi dah lapar, aku masak laa untuk breakfast diorang. Hmm nasi goreng je mampu T___T hahaha okay la tu daripada diorang kebulur tak makan. 

Lepas sarapan, adik-adik aku bising nak suruh buat chocolate cake. Chocolate cake aku memang jadi favourite abang aku dengan kawan-kawan dia daripada dia dekat SASER dulu sampai dia masuk kolej. Setiap kali nak balik mesti suruh aku buatkan, dia cakap kawan-kawan dia semua suka Hahahahahahahahaha *k bangga sikit Ada jugak orang suka cake aku.

Hari ni frist time buat chocolate cake ada 'topping'. Hah topping laa, tak tau? meh tengok..

Baru siap tadi. Okay sila gelak -.- Tengok la cake aku, 
baru puji sikit dah hancur. Lepas ni taknak puji kau dah la.

Then tadi aku post gambar ni dekat group dorm5 --> facebook
Macam biasa diorang akan gelakkan aku. Diorang cakap memang tak lepas nak jadi bini orang. phewww sentap tu sentap ._____. hahaha korang yg lain kalau nak rasa boleh call aku dekat number ni 0147951120 *ha kalau berani try la call tengok sape angkat Nanti aku hantar pakai pos lambat terus kerumah korang.

Notakaki : Nak sambung buat sejarah. Doakan aku cepat-cepat siap homework ni, amin.

#112:Who is Dave Days? He is awesomeeeee


Dave Days
Dave Days. 19 tahun. Ayah dia bagi dia gitar masa dia umur lima tahun. Dan dia masih menggunakan gitar itu hari ini. Dave bermain dalam band dengan kawan-kawannya di sekolah menengah dan sekolah tinggi.


Dave began posting videos during the summer of 2007. He’s parodied artists such as Beyonce, Owl City, Justin Bieber, and Miley Cyrus. Mmmm.. Miley… wait…. where was I… oh yeah… speaking of Miley Cyrus, after several (failed) attempts of trying to win her heart through video, she made a lovable appearance in his “Last Song for Miley” video. How cute:D
Dave Days & Miley Cyrus 
Dave currently has over 1,200,000 subscribers and 200 million views on YouTube. Cool aite? ;) So let's look at the videos Dave Days bawah ni. Even sometimes macam anoyying sikit, tapi bestt. Enjoyyy this videos. Thanks for reading/watching!

 

#111:Last Minute - Maafkan Aku

Assalamualaikum :)
*play lagu bawah ni, amik feel sikit. haha
Tengok title kita hari ni apa cepattt! Hah Last Minute. Yeah jangan salah faham, takde kena mengena pun dengan hidup Nadia, tu cuma nama band. Official band for the song title "Maafkan Aku" Ahahahah you know whatt. Laguu tuu dah curi hati aku. cisss -____- okaay, tak pasal-pasal je aku buat post pasal diorang harini.

Hahaha. Yes dia macam Ainan Tasneem jugak. Youtubers~  kot? entah. heheh, tapi for sure lagu diorang memang gempak habiss :D style doh siap ada video clip lagi kaayy. korang ada? Haha >< Tapi sedih lah, diorang upload video ni 16June2011 dan cuma dapat 16,822+ views. Mungkin ramai yang tak tahu lagi atau mungkin diorang sendiri yang kurang promote? Yelahh mana tak nya, Nadia first dengar lagu ni pun TERjumpa dekat youtube sendiri. Lepastu baru lahh ada orang kenal-kenal kan lagu ni, dann terusss "lagu ni cool gilaaaa wehh!" Hahaha boleh jadi gila doh akuu.


Jadi sekarang, Nadia nak kenal-kenal kan dekat korang pulak. Dulu dah promote Ainan Taseem, ramai pulak fans dia. Habis budak-budak sekolah Nadia dah gilakan Ainan -.- Sampai ke toilet pun boleh buat band sendiri pakai baldi duduk atas sink bla bla Haha. So sekarang nak bagi peluang dekat last minute, mana tahu boleh jadi famous mcm Ainan pulak? Haha yang tu aku tak tau. Rezeki masing-masing, kalau Allah nak bagi, insyaAllah ada. Doa lah banyak-banyak ye:)
(Post ni saja suka-suka,kalau ada yg tak kena Nadia minta maaf) Okay tu je untuk hari ni, sekian ~ wassalam:)
credits : suarapeople

Genre
Alternative Slowmotion Acoustic
Members
Azim Alimin – Vocals
Anwar Afifi – Keyboard
Aiman Mohamad – Drums
Nik Muhamad Hazim – Bass
Bukhari Anuar Musardar – Lead Guitar


Hometown
Kota Bharu, Kelantan


Visit Last Minute page : http://www.facebook.com/minitterakhir

#110:#Rindu kawan lama :')

Assalamualaikum.
Okay percaya atau tak. Harini aku bosan sangat kat rumah. Dan aku start buat keje gilaa. Jangan tanya kerja apaa tu. Biar lah Allah je yg tahu apa aku buat. Hahahahaha LOL aku kemas rumah, mop lantai, lipat baju semuaa. Mesti tak percaya kan? Gua dah agak daahh. Tu pasal gua malas nak cite :P huhu. Kdiaammm.

Lepas siap semua kerja, aku pun duduk laaa lepan laptop ni. Skype dengan Akmalia and Syafiqah. Haha gelakkk memanjang~ habis keluar ilmu2 aku sikit. Hiw hiw :'> wtv laaa. Tadi aku on facebook. Bosann. On twitter samaa lagi lah bosaaan. Then aku godek-godek facebook aku tu, tengok video's yg lama-lama. and I found whatt youuu? Video kelas 3Harmoni2010. Ohhhhhh Rinduuuu korang gilagilagilaa. berapa banyak gila sampai aku pun jadi gilaa. fullstop.

Ksambung. Aku rindu korang sangat weh :'< serious tak tipuu. Menitis air mata aku. See aku yg gengster (gangster ke) ni pun boleh nangis rindu korang. Korang yg baik tak nangis ke rindu aku? Hahahaha perasan kau nadiaa. Blahh~ kayy aku tak tahu bila aku akan jumpa korang, so aku harap korang sihat walafiat. Tahun depan kita SPM. Biasaaa, Subjek Paling Senang. So tak payah risau laa. Hahahahahaha LOL harap dapat jumpa korang semuaaaaa, one day if Allah will :') insyaAllah. K take care, salam.



 *on facebook baru boleh tengok video ni. Sorry this is kinda anoyying aite? -.-'

#109:Bunga atau Mutiara?

Tajuk ni menarik perhatian Nadia masa on facebook and pegi dekat satu group tadi. Sesuai untuk insan yang bergelar gadis.


“ bunga atau mutiara? ”

Bunga cantik. Begitu juga dgn mutiara. Mana satu yang awak pilih? Ye, bunga baunya wangi, warnanya cantik, meggoda dan menarik.. manakala permata tinggi harganya dan cantik juga..

Tetapi bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik mentari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cengkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan bunga hanya sementara dan kecantikan mutiara akan kekal. Samalah juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.



"Oleh itu, wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan!"
 Syurga Allah itu mahal harganya!
P/s : Renung-renungkan sahabat-sahabatku muslimah, Muhasabah Diri.

Pilihan di tangan Anda.
Selawat & Istighfar