#135: Semalam punya cerita

Salam alaik.

Nak kongsi semalam punya cerita, mak dengan abah bawa aku jalan-jalan dekat Seremban dan ketika aku di dalam kereta, aku tertanya-tanya...
 "ehh kenapa ramai-ramai dekat sekolah ni, ada event apa? tak mengajak weh"

Perasaan ingin-tahu aku terlalu maksima dan tiba-tiba abah berhentikan kereta di depan sebuah sekolah. Fuhh memang 'gahh' nama sekolah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, sekolah kluster tu. Lalu aku pun memberanikan diri menjejakkan kaki ke sekolah itu tanpa dijemput.
 Waaahh cantiknya sekolah :D untungnya siapa dapat masuk sekolah nii(Y).
 Ada apa sebenarnya ni? Somebody please tell me what happened now?

Apa semua ni? aku masih terpinga-pinga mencari sebab mengapa semua pelajar lepasan SPM datang ke sekolah. Hatiku berbisik "diorang dah habis sekolah, kenapa datang lagi?" Muka runsing mereka membuatkan hati aku turut berdebar-debar dan kakiku menggigil untuk meneruskan perjalanan. Lalu aku diajak oleh sekumpulan perempuan untuk masuk ke dewan dan aku terdengar orang sebelah ni cakap "aku risau sangat nama aku tak tersenarai untuk naik pentas kejap lagi".

Kelihatan seorang perempuan yang prihatin dan ada berpangkat berada di atas pentas diiringi rakan-rakannya yang juga berpangkat, memegang bungkusan beg untuk diberikan kepada siapa? aku tidak tahu.
 Aku diberitahu yang lelaki berbaju hijau dan bertopi itu adalah pelajar cemerlang 10A dan lihat gambar disebelah kanan, muka mereka seolah-olah mengatakan "everyone knows that he is going up to the stage"

Satu per satu nama disebut sehinggalah nama seorang lelaki ini disebut dan dia mengambil masa 2minit untuk naik ke pentas kerana dia sempat menari dan melompat kegembiraan di tengah-tengah orang ramai.
Dia merupakan pelajar bermasalah sekolah dan ter-sangat-lah famous dikalangan guru sekolah. Nama diberi @fitrirazali a.k.a. Soya. Kejayaannya membuatkan setiap guru di TTJ menitiskan air mata kegembiraan. Ramai yang melihat gelagat dia naik ke pentas dan sempat terduduk sujud syukur agaknya #respect
 
Cerita bersambung. Selepas habis nama-nama genius disebut, sekumpulan perempuan tadi mengajakku ke meja yang tertulis 5AWAM2(nampak familiar nama tu) untuk mengambil slip. Slip apa? aku juga tak tahu. Aku merenung pada slip tersebut, deretan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Mathematics, Add.Maths, Lukisan Kejuruteraan, Peng. Kejuruteraan Awam, Chemistry, Physics. Kenapa nama pada slip itu nampak seperti nama aku?
Ekspresi muka berjiwa kosong aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba mulutku berbicara "Alhamdulillah rezeki Allah bagi" aku terima segala huruf dan plus minus di slip itu dengan syukur dan redha. Walaupun sedikit terkilan, aku tetap menggagahkan diri mencapai slip itu dan "terima kasih cikgu BM saya cemerlang tinggi" cikgu terseyum dan "tahniah, awak dah buat yang terbaik, perjalanan hidup awak baru bermula".
Ini mungkin aku? ya memang itu aku, bersama cikgu physics dan sejarah. Kami bersalaman dan akhirnya isi hatiku terkeluar melalui mulut "maaf cikgu, saya tak berjaya nak dapatkan even A- pun dalam subjek cikgu, saya dah buat yang terbaik".
 4A's - 6A's - 8A's
6A's - 7A's - 8A's
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmatKu kepadamu, dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras" -surah ibrahim ayat 7-
Congratulations 27 genius on the stage :') semua happy aku pun tumpang happy even me is so jelly.
 Macam yang abang aku cakap, this is not the end. Life must go on. This is just the beginning for us like the ticket pass to university or matriks. Yup SPM is important but not easy for us to achieve. Not all what we want is the best. Allah knows what's best for us. Alhamdulillah.

134: PLKN ; Pengalaman dan Pengajaran

location : Kem Seri Perkasa (KSP), Mantin, Negeri Sembilan
duration : 4th january - 16th march
"Assalamualaikum wira dan wirawati, bangun! bangun! bangun! Bangunlah anda sebelum anda dibangunkan, sesungguhnya solat itu lebih baik daripada tidur, tiba-tiba surah al-'ass" sounds like that lah ayat Cikgu Hanzah kejut wira wirawati muslim bangun pagi untuk subuh. Automatik semua bangun dari tempat tidur kecuali @ohainadiana sebab dia tidur mati ;D hahahaha. Jam 0630 semua ada kat padang kawad, almost everyday wirawati sampai lagi awal daripada wira even dorm wira lagi dekat :P why? because wirawati KSP awesome lehh! >< then nyanyi lagu negaraku, khidmat negara and im4u siap gaya okaay~

Tak tahu nak start cerita dari mana sebab banyak sangat benda jadi sepanjang 6minggu dekat PLKN :) For short, tengok gambar bawah ni then you will know my stories there.
. . . . . . . . . . . . . . . . .
(disini.. bermulanya..)
KSP dining hall, first destination for registration, test baju kasut apa semua. Kenal @ohainadiana pun kat sini sebab dia macam alone je hehehe kita sama-sama alone :( Time tu pergi makan apa semua dengan dia. Then tiba lah masa jurulatih(JL) nak divide ikut company. Dengan harapan "harap-harap lah dapat satu dorm dgn @ohainadiana and hope so dapat dormmates yang okay". Yelahh takda kawan kann T__T
Tupp tupp....dapat satu dorm dengan @ohainadiana. Katil kitorang pun dapat depan-depan jee. Memang bangun pagi nampak muka dia jelah hahaha. First time masuk nampak @aqmarky muka ketat tahap #asdfghjkl -.-' aku berani senyum dekat @ItsSyaa jee sebab dia ni memang pemurah dengan senyuman C:
 Soooo this is My Dorm :) dormmates semua ter-sangat-lah-prihatin sampai setiap pagi semua nak jerit ; "sebelum keluar tight katil dulu!" "toiletries siapa tuu, amik cepat sebelum aku buang!" "sapu sampah woiii!" "atas locker taknak ada barang even habuk pun!" "selipar kat koridor tu susunn!" >pagi-pagi dah bising<
sebab tu lahh dorm S2 dapat merit kosong(0) *mukabangga.jpg* khoooook khoooook
 Still cant adapt myself yet. First week jadi wirawati dah sakit-sakit. Hahh ni baru sikit, tak tengok dalam locker @aqmarky dah macam pharmacy's hahahaha
 presenting...... Our pride Alpha.Bravo.Charlie.Delta
 Every night ada Rocall, sesi-pemulangan-phone paling sedih ahhh. Terus rasa lifeless lepastuu O.O
Khidmat Komuniti #2 dekat seremban. Right pic; bakul anyam sendiri and i'm proud of it :D
 Pertandingan Bola Tampar, KSP jadi tuan rumah, ada 10kem datang. Best? boleh laaa. Bukan player pun, jadi penyokong tegar jee. Teruja dapat jumpa kawan-kawan lama dari kem lain :')
Tali Tinggi + Latihan Menembak (chinese girl alpha, ni hen ke aiii ^^)
Flying Fox tuuuu, perghh. Naik tangga dia menggigil kot kaki :/ Dah sampai atas rasa macam nyawa tinggal sikit, tiba-tiba JL tolak dari belakang -.- tup tup dah sampai bawah. Tapi memang best laa, pengalaman ;)
Menembak? time pkbm laut dulu pernah pegi menembak jugak. Tapi menembak kali ni rasa macam okay sikit sebab ada mata, kalau tak selalu tersasar dapat kebal = kosong ><
 Wirajaya dalam kem tak rasa adventure sangat tapi seronok naikkan khemah dengan titik peluh sendiri :'D
 Netball first place. Sangat lahh tak sangkaa. Rezeki Allah bagi walaupun cuma sekali, tetap bersyukur :'D
 Wirawati tak suka riadah, setiap petang kitorang doa "harap-haraplah hujan" and memang betul hujan pun, yeayyy! *terus lari masuk dorm*
 Malam minggu akhir, masing-masing sibuk menceriakan diri sendiri, dah nak balik kann :') cepat pulak rasa
 Lain orang lain ragam. Seronok dapat kenal orang tu orang ni :D Like seriouslyyy
 Cafe (left side) and sinki DM (right side) tempat fav wirawati S2 -.- @chimoooot @aqmarky selalu buat bodyglove kat belakang baju orang and itu sangat memalukan yknowww -________-
 Perbarisan tamat latihan, tengok muka Archana sedih time penyerahan pangkat :'(
The middle one is Firdaus, see rambut dia colour lain, anak omputeh kan :D hahahaha
 Kepulanganku disambut rakan-rakan, thankyou soo much dear wirawati sekalian :') aku memang takkan lupa kenangan kita kat KSP nii and yeah sure i know i'll miss all of you and our memories thereeee :'/
 . . . . . . . . . . . . . . . . .

That's all.
Thanks for scrolling down this page, and thanks for you reading this blog from top to bottom, i'm really appreciate your kindness. Banyak benda aku belajar dekat PLKN ni. Nak list satu-satu memang tak dapat. Tapi tahniah PLKN sebab dah ubah persepsi aku and now aku rasa aku Nadia yang baru, lebih matang mungkin? hmm :/ hope we'll meet again everywhere :') Take good care all buddies. Sekian, wassalam. 
ALPHA COMPANY ♡ Wira Wirawati Harapan Bangsaaaaa~
 
-imbas kembali, mari kita saksikan-

#133: I'm home from PLKN

Assalamualaikum w.r.t.

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia!

 MALAYSIA BOLEEEHHHH!! *jerit sekuat hati sampai keluar anak tekak* 
Ehem, sejak jadi wirawati ni aku rasa jiwa aku patriotik much than dulu. Ohh before that, this post is just for starting, testing, err yelah dah lama tak update kan. Berhabuk wehh.

Tangan still tak larat nak menaip, in shaa Allah, esok esok nanti i'll story all my experience there,
in memory : Kem PLKN Seri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan :')

See yaaaaaaa, Goodnight buddy, wassalam.