#135: Semalam punya cerita

Salam alaik.

Nak kongsi semalam punya cerita, mak dengan abah bawa aku jalan-jalan dekat Seremban dan ketika aku di dalam kereta, aku tertanya-tanya...
 "ehh kenapa ramai-ramai dekat sekolah ni, ada event apa? tak mengajak weh"

Perasaan ingin-tahu aku terlalu maksima dan tiba-tiba abah berhentikan kereta di depan sebuah sekolah. Fuhh memang 'gahh' nama sekolah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, sekolah kluster tu. Lalu aku pun memberanikan diri menjejakkan kaki ke sekolah itu tanpa dijemput.
 Waaahh cantiknya sekolah :D untungnya siapa dapat masuk sekolah nii(Y).
 Ada apa sebenarnya ni? Somebody please tell me what happened now?

Apa semua ni? aku masih terpinga-pinga mencari sebab mengapa semua pelajar lepasan SPM datang ke sekolah. Hatiku berbisik "diorang dah habis sekolah, kenapa datang lagi?" Muka runsing mereka membuatkan hati aku turut berdebar-debar dan kakiku menggigil untuk meneruskan perjalanan. Lalu aku diajak oleh sekumpulan perempuan untuk masuk ke dewan dan aku terdengar orang sebelah ni cakap "aku risau sangat nama aku tak tersenarai untuk naik pentas kejap lagi".

Kelihatan seorang perempuan yang prihatin dan ada berpangkat berada di atas pentas diiringi rakan-rakannya yang juga berpangkat, memegang bungkusan beg untuk diberikan kepada siapa? aku tidak tahu.
 Aku diberitahu yang lelaki berbaju hijau dan bertopi itu adalah pelajar cemerlang 10A dan lihat gambar disebelah kanan, muka mereka seolah-olah mengatakan "everyone knows that he is going up to the stage"

Satu per satu nama disebut sehinggalah nama seorang lelaki ini disebut dan dia mengambil masa 2minit untuk naik ke pentas kerana dia sempat menari dan melompat kegembiraan di tengah-tengah orang ramai.
Dia merupakan pelajar bermasalah sekolah dan ter-sangat-lah famous dikalangan guru sekolah. Nama diberi @fitrirazali a.k.a. Soya. Kejayaannya membuatkan setiap guru di TTJ menitiskan air mata kegembiraan. Ramai yang melihat gelagat dia naik ke pentas dan sempat terduduk sujud syukur agaknya #respect
 
Cerita bersambung. Selepas habis nama-nama genius disebut, sekumpulan perempuan tadi mengajakku ke meja yang tertulis 5AWAM2(nampak familiar nama tu) untuk mengambil slip. Slip apa? aku juga tak tahu. Aku merenung pada slip tersebut, deretan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Mathematics, Add.Maths, Lukisan Kejuruteraan, Peng. Kejuruteraan Awam, Chemistry, Physics. Kenapa nama pada slip itu nampak seperti nama aku?
Ekspresi muka berjiwa kosong aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba mulutku berbicara "Alhamdulillah rezeki Allah bagi" aku terima segala huruf dan plus minus di slip itu dengan syukur dan redha. Walaupun sedikit terkilan, aku tetap menggagahkan diri mencapai slip itu dan "terima kasih cikgu BM saya cemerlang tinggi" cikgu terseyum dan "tahniah, awak dah buat yang terbaik, perjalanan hidup awak baru bermula".
Ini mungkin aku? ya memang itu aku, bersama cikgu physics dan sejarah. Kami bersalaman dan akhirnya isi hatiku terkeluar melalui mulut "maaf cikgu, saya tak berjaya nak dapatkan even A- pun dalam subjek cikgu, saya dah buat yang terbaik".
 4A's - 6A's - 8A's
6A's - 7A's - 8A's
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmatKu kepadamu, dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras" -surah ibrahim ayat 7-
Congratulations 27 genius on the stage :') semua happy aku pun tumpang happy even me is so jelly.
 Macam yang abang aku cakap, this is not the end. Life must go on. This is just the beginning for us like the ticket pass to university or matriks. Yup SPM is important but not easy for us to achieve. Not all what we want is the best. Allah knows what's best for us. Alhamdulillah.