#132: PLKN Siri 10/2013

Bonjour Reader(s)!
Assalamu'alaikum
 MEH TENGOK MEH! 
Nampak tak dia cakap TAHNIAH tu? muehehe, sila jealous.
Sebenarnya aku SANGAT SANGAT SANGAT tak percaya aku akan pergi PLKN ni -..-

Aku tahu aku dapat PLKN ni pun sebab dormmates aku bising-bising cakap aku dapat. Oh hmm, diorang tengok kan aku punya rupanya, mentang-mentang dekat library ada no.IC. satu sekolah, korang pergi bantai check untuk semua orang? Gudgerlssss uolss *tepuk tangan*. Okay sambung balik story. Phewwww mengalir jugak lah air mata aku time diorang sebut nama aku yang dapat tuuu.

Nasib baik dapat Kumpulan 1, alhamdulillah :-)



"Nadia dapat mana?"
"Weh kau dapat mana doww?"
"Woii bagitau aku kau dapat mana lah gila?!"

Sampai macam tu sekali soalan korang untuk aku, bagus betul hahahahaha. Haih haih. Lapor diri 4hb tuu tak rasa macam awal sangat ke? hmmm. PLKN aku tak jauh mana pun, dekat Negeri Sembilan jee haa.

Nama kem : Nak tahu, ask me yourself :D Dah tanya make sure datang lawat muahaha.



Kawan-kawan aku pergi gelak ramai-ramai sebab nama tempat aku tuu macam hape. Diorang cakap..

"apa ke-kelakar-sangat nama tempat kau tu hahaha"
"tempat kau panas gila weh! aku dah survey"
"habis laa kau hitam lepasniii"

Haha tak kisah lah korang nak cakap apa, aku tau kat sana nanti korang ramai-ramai lawat aku! Huk huk huk

Dengar nama PLKN, teringat pula dengan kawad PKBM Laut aku dulu. Masih kekal dalam ingatan aku kenangan kita susah payah berlatih kawad. Serious wooo gua tak lupa, nangis-nangis berlatih kawad malam-malam, dah tak pikir nak menang apa dah (pikir kalau tarik diri nanti boleh buat malu TTJ je). Tup tup dapat naib johan. Alhamdulillah, memang dah rezeki kita nak menang time tuu kot. Berbaloi lah berlatih sampai nangis-nangis kan, hahahahahaha nangis k nangis



  Gambar last kawad zaman sekolah  
  Sekarang nak pergi berkhidmat untuk negara! *semangat tak* -..-  

Doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan :-) 
Semoga Allah merahmati korang semua, in shaa Allah.