#144: Before final exam SEM1

Assalamualaikum semua
Final? Lagi lapan hari.
Apa aku rasa?
Nervous.
Sudah pasti.
Takut.
Apatah lagi.
Apapun yang terjadi, aku akan buat habis baik.
Usaha bakal dilipat ganda.

Aku cuba.
Aku cuba.
Aku AKAN cuba buat yang terbaik.
InshaaAllah.


Kau.
Doakan aku.

Doakan kejayaan aku. 
Dan rakan-rakan se-UTM aku.
Kami akan berjuang dalam masa lapan hari lagi.

Doakan kami.

Siapa kami?

HERE
Random peoples in DDPE
9 of us. Girls in DDPE 13/14 
24 boys in DDPE tapi gambar ni tak semua ada. Siapa suruh balik awal
First friends in UTM. Gonna miss orientation week
And of course my one and only superduper cool roomate, Syeraaaaaa :3
Study week : Aku study. Dia tidur. Aku tidur. Dia study.

Sedang aku update blog
Muncul seseorang
Masuk bilik aku tanpa ketuk
Siapa dia?
Inilah orangnya
Tengok rupa mcm bahagia.
Hakikatnya..
Sekian.
Terima kasih.
Aku mahu beradu.
Akhir kata
All the best (final exam) untuk semua!

#143: Jom Bercinta Selepas Nikah UTM KL

Salam Alaik.
"JOM BERCINTA SELEPAS NIKAH"
I dont eventually know what to write now, so then i just posting this entry to let people know that yesterday we got guests for forum "Jom Bercinta Selepas Nikah". All is going well and wonderful because ppl got excited when seeing Dena Bahrin, as a Panel, omg omg! She's a famous blogger who had got married at early 19 y/o with someone she doesn't even know and interested to *awkward situationArranged marriage katanya.

Last night, she gaves a talk and stories about her life before and after married, and i'm was like "oh dia mcm tu dulu, dia mcm ni dulu" it's okay Dena, we always deserve second chance to be a better muslimah and see now you are the one you meant to be. Alhamdulillah happy for you =)


This is her popular video and i think she was known nowadays bcs her husband came melamar her without knowing her before. Back to our title >Bercinta Selepas Nikah< is the best marriage ever, lillahi ta'ala.
Here is @imammudanazrul as a Panel and his beautiful wife. Ustaz ni serious kelakar semalam :D Banyak jugak info dia bagi dan sangat berguna buat kita semua. Harap digunakan dengan sebaiknya ya, inshaaAllah.
Jeng jeng jeng. She laughed at me because i made my face became too mainstream ahah dia peluk pinggang aku kot time ni, gila excited >< who is she? Actually she is @taleebmizad 's beloved gorgeous wife. They got married for about last 2months. Ohho kenal dekat youtube je puns lepastu kahwin, btw still not too late to wish you Selamat Pengantin Baru :D Btw @taleebmizad  is a student at UTM JB and now tahun akhir for him. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga Allah to both of you. Sama cantik sama handsome (Y)

Lastly, thank you very much for 3 of you for coming and give a talk. I hope to see you all again and again. Hope so to all audience and students will take note of what they were talking about, very useful and wow! Rugi siapa tak datang >< dapat ilmuuuuuu


#142: Salam Aidilfitri 1434H

Salam Lebaran buat semuaaaaa,


Harini dah masuk raya keempat, cepat betul masa berlalu dan kelihatan pelajar-pelajar universiti dan matriks berduyun-duyun update status bagitahu "harini balik hostel" hm kenapa sekejap sangat cuti raya ni?

Kau bukan budak sekolah yang nak kena cuti sampai 2minggu. Sedarlah. Kau dah 18tahun. 
Ehh wait, i'm un-officially eighteen yet eh. Tapi muka main peranan. Eh? Hahahahahahahahaha k

Esok isnin, aku pun kena balik Kediaman Siswa Jaya (KSJ)
KSJ? apa tu?
KSJ tu asrama tempat aku tidur, rehat dan aku ada seorang roomate yg gilaaaaa > Syera :D
 
(Kiri atas) Blok A, aspuri
(Kanan atas) Kampus UTM KL
(Kiri & Kanan bawah) my room sweet room
Okay dah.
What talking is going on about, I actually wanna wish everyone a Happy Hari Raya! I'm little late with this but me too want to get sorry from you for those mistakes i've made by hurting your feelings and so on. A very big sorry :/ As everyone knows, we are Allah's servants who always make the same mistakes again and again. Thats why in al-quran said, "Pintu taubat Allah itu luas" so then we are allowed to seek for forgiveness from Him. Always. Every after solat.
First day raya in Puchong, home sweet home
Selamat Hari Raya Aidilfitri from all of us 

#141: Get Well Soon!

Assalamualaikum.

Salam 27 Ramadhan 1434H buat semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua berada dibawah redha Allah sentiasa. Hm nampak skema ayat ku disitu. Mari kita pendekkan cerita.

Ni budak yang dulunya kecik namun kini kian membesar sudah mencecah 13tahun dan tinggi sudah melebihi kakak dia yang lagi sorang tu, bukan aku tapi adik perempuan aku. Tinggi aku juga makin meningkat, okay tak masuk tajuk. Harap dapat faham apa yg aku cuba nak sampaikan, ye.

Nazim tu my only adik lelaki yang manja lagi anoyying. Anoyying dia tahap pfffffffftttttt, kalau tak percaya boleh tanya abang dengan adik aku yg perempuan tu. Okay sambung cerita. Dia yg dulunya aktif keluar padang main bola petang-petang tapi kini sunyi menyepi dirumah. Sebab? Dia dikejarkan ke hospital (ayat mcm nak terjun longkang haha) sebab terkena appendix. Hampir seminggu jugak lah dia duduk hospital tanpa senyuman dimuka. Bagi main game pun dia tak nak. Kakak mana tak sedih tgk adik tiba-tiba berubah?


Sekarang alhamdulillah dia dah boleh jalan tanpa dipapah, solat pun dah tak pakai kerusi, dah boleh bergurau, gelak sama-sama dah sekarang :D Dah sihat. Happy aku tengok dia sanggup lawat aku kat Kediaman Siswa Jaya(KSJ) malam malam haritu, hehehe.
Semoga cepat sembuh Nazim Syahmi. Nanti raya baru lah meriah rumah! ^_^

Wassalam. Selamat Berbuka.

#140: New wonderful life in UTM KL

Assalamualaikum.

Here i want to share some stories in my new life as mahasiswi. Start on 2nd June 2013 i'm officially be a year one on 1DDPE stands for Diploma Electronic Engineering.

Orientation week was quiet happening with the great seniors (Y) Seriously I had never imagine that being a mahasiswi was the awesomeness memories, but life in school always be on top in my heart ever after. I miss schooling life :'( sobs sobs.
 
This is my new friends. From Johor - Negeri Sembilan - Kelantan - Pahang - KL
Thanks to Allah for meeting me with this peoples during orientation week. Alhamdulillah.
Well yeah, dormmates aku dekat TTJ pun terkejut kenapa kelas aku 6orang je perempuan. Berbeza sangat hidup aku di TTJ dengan di UTM. Dunia baru. Still adapting myself with the new surrounding. I always hoping that we can cooperate each other yeaaaa coursemate! Gelak sama-sama, gurau sama-sama, so harap kita berjaya pun sama-sama.

To be cont.

#139: MATRIKS or IPTA

Assalamualaikum.

Either matriks (one year) or diploma (3 years), it seems pretty hard for me to decide on courses should i choose. I don't know what course that I actually want and what is not so i tend to be sad T__T Despite the others got scholarship, am still okay as long as i can achieve to success. Just stick with the quote 'rezeki Allah tu luas'. However am still Alhamdulillah for these offers. All praises to Allah.

Matrikulasi Teknikal Pahang. This is the last (third) choice, time apply haritu -,-
UTM - Diploma Kejuruteraan Elektronik. Also the third choice that i got.

And another is UNITEN's offer for foundation in accounting. Seems best to study about accounting but the date of registration is too early for me, so then i'm waiting for UPU and matriks results. I believes that this is the best choice and Allah is the one who knows.

Actually i'm aiming for foundation but sadly tak dapat, result teruk sangat kot ada 1C. Sejarahhhh always make me sick :'( one week before exam baru sedar sejarah tu penting. Tapi nak buat macam mana, takda rezeki, nasib baik tak fail, kui kui.

So now I've decided that i will go for diploma at UTM for 3years. Biar lambat asal selamat #EH. Haha don't ask me why apply 'electronic'. Mungkin rezekiku disitu. Doakan kita sesama berjaya eh :)

Dulu spm study civil tapi sekarang sambung elektronik, 
'Dulu main tanah sekarang main current pulak eh' hahaha nampaknya macam tu lah. Semoga pilihanku ini pilihan yang tepat. In shaa Allah mak abah, i'll strive my best. Doakan kejayaanku untuk sampai ke menara gading :') Kawan-kawan semua, I wish you all the best of luck :D

2nd June, Ahad ni daftar masuk UTM. See You di IPT (whoever you are).

May Allah ease everything. Sekian, wassalam.

#138: Throwback TTJ memories

Assalamualaikum. 
Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysiaa *MALAYSIA BOLEHH!!* -zaman PLKN-

Hari ni sama seperti hari-hari biasa di mana semua pelajar sekolah sudah menjejakkan kaki ke sekolah setelah bercuti selama 2 hari di rumah. Itu mereka, bukan aku, aku tidak lagi digelar pelajar sekolah. Kini aku seorang penganggur tegar yang setia di rumah sementara menunggu jawapan permohonan UPU dan Matriks. Harapanku terlalu tinggi untuk sambung belajar :'< semoga apa yag ku impikan tercapai. Aminn.


TTJ has created a lot of happiness in my life. I miss those moments so badly :/ -sincerely me-

"Aku tak bolehlah tengok orang amik gambar kat TTJ, nanti aku akan rindu gila-gila :("
tu ayat @yohanayusrin dekat twitter. Aku rasa semua SPM'12 leavers rasa benda yang sama. Rindu TTJ sangat. Result SPM kami tak gempak, nak datang lawat TTJ pun segan kalau terserempak dengan cikgu-cikgu. Serious oh. Maluu :'/ sila faham kami.

Apa boleh buat, benda dah lepas. Aku rasa dalam masa cuti aku ni, hampir setiap hari tengok gambar-gambar kita semua kat TTJ. Yep saaangat banyak. Sebab tu tak bosan tengok banyak kali. I'm so serious.


Today is all about posting all photos that i miss the most #throwback

 DORM FIVE! Everyday spent time with them, almost every single day and night. Miss all of em!
Part of VVIP in my heart ❤ Sharing almost things together. Tsk tsk. Winduuu~
Happy. Laugh. Jokes. Sad. Tears. Story. Together.
The VVIP in the school. Prefects and PRS Form5 2012. Teacher Linda, PK and others.
 Beloved classmates. 4/5civilengineering2. we have a great-funny monitor, @zaimabed
 I miss Navy's marching. TTJ navy got talent. My first marching, here.
  Always be champion! Red House. WILDCATS
  Graduation day. Such an exciting moments.
 Khatam Quran. During fasting month 2012. Puasa dengan kawan-kawan really touched.
Celebrated EID with them at school. Five Forever :3
Enjoy our weekend together by walking around the hostel and school.
We do what we want. Partaaayyyy. Prep. Tuition class. Dalam asrama lain cerita ah.
Activities : Gaza. Maulidur Rasul. Senamrobik 1malaysia. Rekacipta. 
 Last picture for today. With dormmates! nobody knows how i miss them. Seriously.
I think these only 5% pictures i took from the album. All the moments with them cannot buy with anything. Its all about experience and memories together. I always hopes and dreams that one day we can sit and talk like we are in the school again. May Allah bless our days.
 Seriously from the bottom of my heart, i miss this dorm so muchy. Wawawaaa T__T

#137: Renungan Buat Muslimah yang Belum Bertudung

Salam alaik.

Tadi Nadia terbaca satu entri di blog gilerkentang(dot)com, alhamdulilah sangat sebab ada contoh buat semua untuk renungan yang katanya masih belum mendapat 'hidayah Allah'. Jom baca!
..................................................................................
Saya, Dhi(lelaki) ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,
Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya. Terdengar lirik doanya ”Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.
Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri. Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Aliya : (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku
 : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!

Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Aliya : Apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itubuta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
 
..................................................................................
P/S: Sekadar perkongsian. Jika ada yang terguris mohon maaf dipinta :) Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar buat kita semua termasuk diri saya sendiri. Wassalam.

#136: Girls Day Out (sisterhood PLKN)

Assalamualaikum.

Yesterday was such a wonderful day. Alhamdulillah perancangan @aqmarky untuk berjumpa akhirnya berjaya di Times Square(TS). Kalau nak dijadikan cerita, pagi sebelum pergi tu diorang tak bagitahu aku lagi nak jumpa dekat mid ke TS. Aku pulak jenis yang tak reti jalan Keyyell. Mana tahu jalan ohh T__T kalau aku sesat acane?

Abah dengan mak pun macam risau je aku gerak sorang. Jadi aku pun call @nurshyuhada mintak temankan. Dia ni pulak dah macam retiss aku call tak angkat angkat......................

Aku rasa tak rajin. Dan aku tak tahu nak tulis apa disebabkan aku takda point nak cerita. So jom kita tengok tengok gambar je untuk post kali ni. Sambil tengok gambar, aku cerita sikit sikit. Hahaha takda idea wehhh! #serious

 Lima orang je dapat datang, dormmates yang lain pergi mana ya? Hahaha
 Niat sebenar datang ini memang nak masuk Cosmo'ssss World~
 First game kitorang naik. Sumpah benda ni lawak gilaa!! Aku tak tahan gelak dari naik sampai laa dah turun. @ohainadiana dengan @ItsSyaa excited sampai naik benda ni DUA KALI :D
Disebabkan aku rasa kamera ni mengacau, jadi kami memilih untuk menyimpannya di dalam locker. Bayar token 2ringgit. Dua kali bayar sebab tertinggal barang hahaha cisss.
 SPACE ATTACK was killing me!! Duduk sebelah AinAsilah, seat depan sekali. @ohainadiana tak naik, pening effect game first tadi hahaha. Yang ni serious paling GILA! Aku rasa tak selamat naik ni. Fuhh, habis habis je game terus pergi tandas.
"Saranan : seorang sekali je naik pun dah cukup lah. Sakit jantung, serious"
Tak ingat apa nama game ni tapi boleh tahan lawak jugak lah. Rasa macam budak budak pun ada ><
ROLLER COASTER :3 yang ni bestt. AinAsilah dengan @ohainadiana tak naik sebab mabuk lagi, katanya. Hahaha. Dah habis first round, ajak diorang dua naik sambil buat muka bahagia bestnya xD DUA KALI naik! Otak pun pusing pusing time tu +__+

Hampir semua game kitorang naik except yang satu lagi tu. Nak naik tapi ada yang tak nak naik, phobia lagi kot, huhu so cancel terus~ Alaa game lebih kurang Space Attack cuma dia atas bawah atas bawah. Mana aku tahu nama dia apa oii.
 Dah habis semua game, rehat jap.
Tak tau nak cerita apa dah. Happy Ending. hahahaha
 Nampak Famous Amos teringat @Chimoooot. Dia suka beli sweets yang timbang tuu :3
Hoping, till we meet again girlssssss :') Take care. Wassalam.
. T H E . E N D .